Tuesday 20 November 2012

PERUMPAMAAN

* Perumpamaan ialah peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita.

* Perumpamaan biasanya menggunakan kata bagai, laksana, umpama, bak, macam, ibarat dan seperti.

* Perumpamaan mempunyai maksud  yang berlapis.


Contoh perumpamaan :

1.  air titik ke batu
memberi ajaran atau nasihat yang sia - sia.

2.   api dalam sekam
perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi

3.   buluh perindu
suara yang sangat merdu

4.   cincin dengan permata
pasangan yang padan dan sesuai

5.   cacing kepanasan
tidak tenag atau selalu gelisah

6.   dakwat dengan kertas
sangat akrab

7.   duri dalam daging
sesuatu hal yang selalu terasa menyenangkan hati

8.   ikan di dalam belat
berasak - asak

9.   katak di bawah tempurung
amat cetek pengetahuannya

10.   kera sumbang
takut hendak bercampur gaul dengan orang ramai


Friday 16 November 2012

TATABAHASA BAHASA MELAYU

KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul
1.    Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2.    Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3.    Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4.    Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5.    Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
1.    Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.    Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)   benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)   orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)   binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)   tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

KATA GANTI NAMA
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)    kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)    kata ganti diri singkat;
(c)    kata ganti tanya;
(d)    kata ganti tempat; dan
(e)    kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.      Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.      Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
(Orang yang bercakap)
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
(Orang yang dilawan   bercakap)
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
(Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah

Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Tempat
1.         Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2.         Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
 i.    Ini komputer.
 ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
 i. Kotak ini berat.
 ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1.    Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2.    Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh

apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.

Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu


KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B.  Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A.  Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2.    Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3.    Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
        mendengar ialah kata kerja transitif
        radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a)      Pak Abu menjala ikan.
(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)      Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Kata Kerja Pasif
1.      Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.      Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.      Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.      Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kau persilakan.
5       Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan


KATA ADJEKTIF (KATA SIFAT)

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

A.        Jenis-jenis kata Adjektif
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

1. Adjektif Jati
          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
          Contoh
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
          Contoh
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
          contoh
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau  
 selonggok-selonggok.
          Contoh
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
          Ambil barang masing-masing.

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan.
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f)   menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; 
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; 
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; 
(i)   menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif

1.      Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2.      Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3.      Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4.      Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa, atau ayat.


KATA HUBUNG

1.      Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.      Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
3.      Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan
          

Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
 Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
 semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekali[un
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal

contoh ayat
1. Menggabungkan dua ayat
          Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
          Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
           Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.


KATA SENDI

1.      Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.      Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
di
untuk tempat
Di dalam dompet itu ada wang.
dengan
untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatusebagai alat
1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke
untuk tempat dan benda konkrit
1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yangberawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.